TREK


Klik gambar peta untuk besarkan
(Laluan MERAH adalah lauan peserta)


1.           
TREK 100% jalan rata dengan jarak sejauh 60km.


2.
7.00 pagi : Semua peserta berkumpul di Dataran Taman Merdeka, Pekan, Pahang. Depan Majlis Daerah Pekan. Peserta dilepaskan (Flag off) tepat pada jam 8.10 pagi dan akan akan berkayuh secara santai mengelilingi bandar Pekan menuju ke simpang tiga masjid baru, sekolah SHAH.

3.
ZON BEBAS KELAJUAN BERMULA: Bermula di simpang tiga ini, peserta dilepaskan dan bebas berkayuh mengikut kelajuan masing2 sejauh 50 kilometer. Peserta yang ingin beradu tenaga silakan kerana ada hadiah pemenang kategori. Manakala yang ingin berkayuh secara santai sahaja pun silakan.. kerana ada hadiah cabutan bertuah menanti. 

Dari simpang tiga masjid baru, Pekan, Peserta berkayuh sejauh 7 km melaui hotel ancasa, kediaman Perdana Menteri, kawasan perindustrian Automobil DRB-Hicom, Peramu Jaya dan masuk ke kiri simpang tiga kampung Dato' syahbandar. 

Setelah berkayuh melepasi kg. Dato' Syahbandar, peserta terus berkayuh menuju ke simpang kg. Lamir, sejauh 15km. Peserta akan melalui Kg. Jambu, Kg. Benta, Kg. Langgar, Kg. Pahang Tua dan Kg. Lamir. 

Setelah tiba di Kg. Lamir, peserta akan melintas simpang tiga ke kanan, menuju ke Kg. Tanah Putih sejauh 3km. Tiba di simpang tiga Kg. Tanah putih, peserta akan masuk ke kiri menuju ke Kg. Tanjung Selangor sejauh 7km. Peserta akan melalui Kg. Bentan, Kg. Nyior Manis dan Kg. Tanjung Selangor.

30km, CEK POINT, di Kg. Tanjung Selangor. Kepada peserta yang berasa penat, haus dan dahaga. Hilangkan dahaga anda. kami menyediakan minuman tajaan Nestle MILO disini.

Peserta terus berkayuh melalui laluan tepi pantai menuju ke Kg. Serandu, Pantai Lagenda, UMP Pekan, Kg. Beruas, Kg. Marhum. Jarak laluan dari Kg. Tanjung Selangor ke Kg. Marhum adalah sejauh 10km. 

Di Kg. Marhum pula, peserta akan melalui simpang tiga dan belok ke kanan. Peserta akan lalui sekali lagi simpang tiga tetapi kali ini belok ke kiri menuju ke Kg. Pulau Jawa sejauh 10km. Disini peserta akan melalui Kg. Jalan Tegak, Kg. ?.. Kg. Pulau Jawa.

Tiba di simpang tiga Kg. Kelat Rendang, peserta akan belok ke kiri melalui kediaman Perdana Menteri, Ancasa Royale Hotel, Jambatan Sultan Abu Bakar dan meneruskan kayuhan sehingga sampai ke simpang tiga Sekolah Sains Sultan Hj. Amad shah. Peserta akan belok ke kiri menuju kembali ke Dataran Taman Merdeka, Pekan, Pahang : LALUAN TAMAT.