Saturday, November 10, 2012

KAYUHAN PEKAN BANDAR DIRAJA



PEKAN merupakan bandar DiRaja Negeri Pahang dan paling istimewa ia terkenal sebagai “Bandar Perdana Menteri” Malaysia hari ini iaitu YAB Dato' Seri Muhammad Najib Bin Tun Abdul Razak. Pekan juga merupakan tempat kelahiran Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia ke-2, merupakan bapa kepada Perdana Menteri Malaysia hari ini.

Program kayuhan ini merupakan satu lagi produk pelancongan negeri Pahang bagi menarik kunjungan pelancong dari luar dan dalam negara datang ke Daerah Pekan.

Program ini dianjurkan sempena :

1.  Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Hj Ahmad Shah AlMusta'in Billah ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Muadzam Shah, yang ke-84 tahun, iaitu pada 24 Oktober 2014 (Jumaat) bersamaan ... hijrah 1435 Hijrah. Sultan dan Raja Pemerintah bagi Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur serta segala Jajahan Takluknya.  

2. Rayuan Hari Pahlawan 2014 yang diadakan setiap tahun.

Pihak kami sangat mengalu-alukan penyertaan anda. Datanglah beramai-ramai bagi memeriahkan lagi pesta ini. Banyak tempat menarik yang bakal anda lalui ketika kayuhan berlangsung. Bukan itu sahaja, malah anda juga berpeluang membawa balik wang tunai dan pelbagai hadiah menarik yang kami sediakan. Bagi mereka yang tinggal jauh, jangan bimbang kerana di sekitar Bandar Pekan terdapat lebih 40 buah homestay dan terdapat juga hotel-hotel untuk anda menginap. Klik disini untuk membuat tempahan awal. 

Program Kayuhan ini bakal di adakan pada:

Tarikh
: 08 November 2014
Hari
: Sabtu
Flag Off
: 8.10 pagi
Tempat Mula/Tamat
: Taman Merdeka Pekan, Pahang.
Jarak
: 60 kilometer
Yuran
: RM60 / peserta   



ANJURAN:





DENGAN KERJASAMA: